Karbohidrat bantu beri tenaga untuk bermain, belajar dan bergerak aktif.
Membantu Otak Fokus
Ia bantu otak bekerja dengan baik supaya kita mudah faham semasa belajar.
Elak Cepat Letih
Ambil karbohidrat secukupnya boleh buat kita tahan lama tanpa rasa penat.
Membantu Tumbesaran
Penting untuk murid yang sedang membesar dan perlukan tenaga setiap hari.
Kesan Buruk Jika Tidak Cukup Karbohidrat
Kita akan cepat rasa penat, kurang bertenaga dan sukar memberi tumpuan semasa belajar. Badan juga boleh terasa lemah dan otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Jika berterusan, ia boleh menjejaskan kesihatan dan tumbesaran kita. Antara kesan buruk jika badan kita tidak cukup karbohidrat.
01
Cepat Penat
Tanpa karbohidrat yang cukup, badan tidak mempunyai tenaga untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian.
02
Sukar Fokus
Otak perlukan glukosa (daripada karbohidrat) untuk berfikir. Jika kurang, kita mudah rasa mengantuk dan sukar tumpu perhatian semasa belajar.
03
Lemah dan Lesu
Otot dan tubuh akan terasa lemah kerana tiada sumber tenaga yang mencukupi.
04
Mood Tidak Stabil
Kekurangan tenaga juga boleh menyebabkan kita mudah marah, gelisah atau sedih.
05
Risiko Hilang Berat Badan Secara Tidak Sihat
Jika terlalu kurang karbohidrat, badan akan membakar otot sebagai tenaga, yang boleh jejaskan pertumbuhan dan kesihatan murid.
Jom Main Kuiz!
Dicipta oleh: Nuur Zaimah Binti Mohd Nassir Kursus: Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP2112) IPG Kampus Temenggong Ibrahim Pensyarah: Encik Razali Bin Abdul Rahim