Piramid Makanan Aras 1

Kategori
Sayur & Buah

Jom kita kenali apa itu karbohidrat

Apa itu Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan ialah makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat yang sangat penting untuk kesihatan tubuh.

Fungsi Utama

Membantu melindungi badan daripada penyakit, mengekalkan sistem penghadaman yang sihat, dan menyokong pertumbuhan yang baik.

Bagaimana Karbohidrat Berfungsi

Vitamin dan mineral dalam sayur serta buah bantu kuatkan sistem imun, cerahkan kulit, dan lancarkan penghadaman.

Pengambilan yang Disarankan

Amalkan makan pelbagai warna sayur dan buah setiap hari – lebih warna, lebih banyak khasiat!

Kenapa Penting untuk Kanak-Kanak

Sayur dan buah bantu kanak-kanak membesar dengan sihat, elak sembelit, dan kekal cergas untuk belajar dan bermain.

Contoh Makanan dalam Kategori Ini

Cadangan Pengambilan Makanan Harian

Saranan berdasarkan saranan Piramid Makanan Malaysia 2020

7-9 tahun

2 hidangan (sayur)
1–2 hidangan (buah)
1 mangkuk sayur + 1 biji epal

10-12 tahun

2–3 hidangan (sayur)
2 hidangan (buah)
1½ mangkuk sayur + 2 jenis buah (epal + pisang)

Kelebihan Sayur-sayuran & Buah-buahan

Lindungi Daripada Penyakit

Sayur dan buah kaya dengan vitamin yang bantu kuatkan sistem imun badan kita.

Baik Untuk Penghadaman

Serat dalam sayur dan buah membantu melancarkan proses buang air dan elak sembelit.

Kulit Sihat dan Berseri

Vitamin C dan air dalam buah membantu kulit kekal lembap dan segar.

Membantu Tumbesaran Sihat

Vitamin dan mineral dalam sayur dan buah penting untuk murid yang sedang membesar.

Kesan Buruk Jika Tidak Cukup Sayur-sayuran & Buah-buahan

Kita boleh mudah jatuh sakit, susah buang air besar, dan kulit menjadi kusam jika tidak cukup makan sayur dan buah. Badan juga akan kurang bertenaga dan lambat membesar kerana kekurangan vitamin dan serat penting. Antara kesan buruk jika badan kita tidak cukup sayur-sayuran dan buah-buahan.
01

Mudah Sakit

Tanpa vitamin dari sayur dan buah, badan kita jadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit.
02

Susah Buang Air Besar

Kekurangan serat boleh sebabkan sembelit dan masalah penghadaman.
03

Kulit Kusam dan Kering

Sayur dan buah bantu kulit sihat dan segar. Kalau tak cukup, kulit jadi kering dan tidak bermaya.
04

Cepat Penat dan Lemah

Kekurangan nutrien penting boleh menyebabkan badan mudah letih dan tidak bertenaga.
05

Tumbesaran Terbantut

Kanak-kanak yang tak cukup vitamin dan mineral mungkin lambat membesar atau kurang sihat.

Jom Main Kuiz!

 

Dicipta oleh: Nuur Zaimah Binti Mohd Nassir
Kursus: Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP2112)
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Pensyarah: Encik Razali Bin Abdul Rahim

© 2025 Cikgu Zai — Zaimah Nassir