Pinggan Sihat Malaysia ialah panduan untuk susun makanan secara seimbang dan sihat dalam satu pinggan. Ia bantu kita tahu berapa banyak sayur, buah, nasi dan lauk yang patut ada dalam setiap hidangan.
Dengan ikut Pinggan Sihat: ✅ Badan dapat tenaga ✅ Kita lebih sihat ✅ Elak makan berlebihan
Mudah, kan? Amalkan setiap hari untuk hidup lebih sihat!
#SukuSukuSeparuh
Prinsip Pinggan Sihat Malaysia
Suku Pinggan – Karbohidrat
Contoh: Nasi, mi, roti, ubi
Memberi tenaga untuk aktiviti harian
Suku Pinggan – Protein
Contoh: Ikan, ayam, telur, kekacang, tauhu
Membantu membina dan membaiki tisu badan
Setengah Pinggan – Sayur & Buah
Kombinasi sayuran (bayam, brokoli, lobak) dan buah (epal, betik, pisang)
Memberi vitamin, mineral dan serat untuk penghadaman & imuniti
Minum Air Kosong Secukupnya
Minimum 6–8 gelas sehari
Elakkan minuman manis atau bergas
Guna Pinggan Sederhana & Seimbang
Saiz hidangan tidak berlebihan
Amalkan pemakanan seimbang setiap waktu makan
Dicipta oleh: Nuur Zaimah Binti Mohd Nassir Kursus: Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP2112) IPG Kampus Temenggong Ibrahim Pensyarah: Encik Razali Bin Abdul Rahim