Piramid Makanan Aras 4

Kategori
Lemak, Minyak, Garam & Gula

Jom kita kenali apa itu Lemak, Minyak, Garam & Gula

Apa itu Lemak, Minyak, Garam dan Gula

Lemak, minyak, garam dan gula ialah bahan dalam makanan yang memberikan rasa sedap dan tenaga, tetapi perlu diambil secara sederhana agar kesihatan sentiasa terjaga.

Fungsi Utama

Memberi tenaga tambahan, membantu menyerap vitamin tertentu (A, D, E, K), dan menambah rasa pada makanan.

Bagaimana Ia Membantu Tubuh

Lemak dan minyak bantu menyimpan tenaga dan menyerap vitamin. Garam penting untuk keseimbangan cecair tubuh, manakala gula memberikan tenaga segera.

Pengambilan yang Disarankan

Ambil dalam jumlah kecil sahaja setiap hari. Elakkan makanan yang terlalu manis, berminyak atau bergaram secara berlebihan.

Kenapa Penting untuk Kanak-Kanak

Pengambilan berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, kerosakan gigi dan tekanan darah tinggi. Belajar untuk makan secara seimbang adalah asas kesihatan sepanjang hayat.

Contoh Makanan dalam Kategori Ini

Cadangan Pengambilan Makanan Harian

Saranan berdasarkan saranan Piramid Makanan Malaysia 2020

7-9 tahun

2–3 sudu kecil (Lemak & Minyak)
≤ 1 sudu teh (5g) (Garam)
≤ 3 sudu teh (15g) (Gula)
1 sudu minyak masak, ½ sudu sos, 1 kuih manis kecil

10-12 tahun

3–4 sudu kecil (Lemak & Minyak)
≤ 1 sudu teh (5g) (Garam)
≤ 4 sudu teh (20g) (Gula)
1 sudu mentega, sedikit garam, 1 air manis kecil

Kelebihan Lemak, Minyak, Garam & Gula

Tenaga Tambahan

Lemak dan gula beri tenaga tambahan untuk aktiviti harian seperti bermain dan bersukan.

Penyerapan Vitamin

Lemak bantu tubuh serap vitamin penting seperti A, D, E dan K dengan lebih baik.

Seimbangkan Cecair Badan

Garam bantu seimbangkan air dalam badan dan elak kekejangan otot.

Rasa Sedap

Gula, garam dan minyak buat makanan lebih sedap dan menyelerakan bila diambil berpada.

Kesan Buruk Jika Tidak Cukup Lemak, Minyak, Garam & Gula

Kita mungkin mudah rasa lemah, hilang selera makan dan sukar menyerap vitamin penting. Badan juga boleh mengalami gangguan cecair dan kurang tenaga untuk aktiviti harian. Jika berterusan, ia boleh jejaskan kesihatan tubuh serta mengganggu proses pembelajaran dan tumbesaran kita. Antara kesan buruk jika badan tidak cukup atau tidak seimbang lemak, minyak, garam dan gula:
01

Sukar Serap Vitamin Penting

Tanpa lemak, tubuh sukar menyerap vitamin A, D, E dan K yang penting untuk kesihatan mata, tulang dan imun badan.
02

Kurang Tenaga Tambahan

Gula dan lemak membekalkan tenaga tambahan. Tanpa cukup tenaga, murid mudah letih dan tidak aktif.
03

Gangguan Cecair Badan

Kekurangan garam boleh sebabkan ketidakseimbangan cecair dalam badan dan menyebabkan kekejangan otot.
04

Makanan Kurang Selera

Garam dan lemak beri rasa pada makanan. Kurangnya boleh menyebabkan selera makan turun dan kurang minat makan.
05

Berat Badan Terlalu Rendah

Tidak cukup lemak dalam diet boleh ganggu pertumbuhan dan menyebabkan berat badan terlalu rendah dari normal.

Jom Main Kuiz!

Dicipta oleh: Nuur Zaimah Binti Mohd Nassir
Kursus: Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP2112)
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
Pensyarah: Encik Razali Bin Abdul Rahim

© 2025 Cikgu Zai — Zaimah Nassir