Saranan berdasarkan saranan Piramid Makanan Malaysia 2020
7-9 tahun
2 hidangan (sayur) 1–2 hidangan (buah)
1 mangkuk sayur + 1 biji epal
10-12 tahun
2–3 hidangan (sayur) 2 hidangan (buah)
1½ mangkuk sayur + 2 jenis buah (epal + pisang)
Kelebihan Sayur-sayuran & Buah-buahan
Lindungi Daripada Penyakit
Sayur dan buah kaya dengan vitamin yang bantu kuatkan sistem imun badan kita.
Baik Untuk Penghadaman
Serat dalam sayur dan buah membantu melancarkan proses buang air dan elak sembelit.
Kulit Sihat dan Berseri
Vitamin C dan air dalam buah membantu kulit kekal lembap dan segar.
Membantu Tumbesaran Sihat
Vitamin dan mineral dalam sayur dan buah penting untuk murid yang sedang membesar.
Kesan Buruk Jika Tidak Cukup Sayur-sayuran & Buah-buahan
Kita boleh mudah jatuh sakit, susah buang air besar, dan kulit menjadi kusam jika tidak cukup makan sayur dan buah. Badan juga akan kurang bertenaga dan lambat membesar kerana kekurangan vitamin dan serat penting. Antara kesan buruk jika badan kita tidak cukup sayur-sayuran dan buah-buahan.
01
Mudah Sakit
Tanpa vitamin dari sayur dan buah, badan kita jadi lemah dan mudah dijangkiti penyakit.
02
Susah Buang Air Besar
Kekurangan serat boleh sebabkan sembelit dan masalah penghadaman.
03
Kulit Kusam dan Kering
Sayur dan buah bantu kulit sihat dan segar. Kalau tak cukup, kulit jadi kering dan tidak bermaya.
04
Cepat Penat dan Lemah
Kekurangan nutrien penting boleh menyebabkan badan mudah letih dan tidak bertenaga.
05
Tumbesaran Terbantut
Kanak-kanak yang tak cukup vitamin dan mineral mungkin lambat membesar atau kurang sihat.
Jom Main Kuiz!
Dicipta oleh: Nuur Zaimah Binti Mohd Nassir Kursus: Teknologi dan Media Pengajaran (EDUP2112) IPG Kampus Temenggong Ibrahim Pensyarah: Encik Razali Bin Abdul Rahim